26 July 2011

Aktiviti dalam cuti + Persiapan puasa..

Salaam semua..
Sihat tak sume? Macam mana persiapan nak sambut bulan pose taun ni? Jom2, kita sama sambut Festival of Worship ni sama2.. Yippe!! :)

Ok2.. Taun ni pecah rekod Alya akan berpuasa sebulan penoh kat umah.. (haa.. tipulah tu, mane ade pmpuan pose penoh! haha.. But that is what I wish for.. )

Taun ni cuti semester semua IPTA panjang sepanjang panjangnye. 2 bulan Alya akan stay kat umah. Sekarang ni dah plus minus nak dekat sebulan duk kat umah. N Alhamdulillah Alya memang sangat2 produktif dalam cuti ni, cuma malas, takde mood ngan tak sempat nk upload dlm blog je..

Ni haa keje Alya last week. Try new project. Gathered Clutch. Meh nengok meh..

Saiz 8' X 5'
Zippered and Fully Lining

Yang ni haruslah jahit mesin semuanya.. Nangis la kalau jahit tangan en.. :)

Dalam dia ada ruangan untuk isi kad dan duet anda yang berkepuk2 tu.. ces..
Cantek kan? :D


So, yang ni pulak hasil takde keje Alya mase 1st week balik umah aritu. Mase tu malas lagi nak siapkan order, so Alya gatal2 tangan habiskan kain2 yang beli ngan Kak Ayu aritu. So, tadaaaa.. terhasil la beg ni.. :)

Beg ni dah siap aritu lagi, tapi macam Alya cakap aritu, malas cmpur ngan takde mood nk masukkan dlm blog. Tapi disebabkan Alya berbangga dgn pencapaian diri ni, Alya nak tepek jugak la gmbar ni..
Beg ni kemas Alya jahet (perasan gilss), tapi tatau la bile nak gune.
Nanti lah Alya snap gmbar mase Alya pakai nanti.


Haa.. ni penting nih.. Nak promote. Alya baru je buat FB utk Kaseh Ibunda Crafts ni. Sebenarnya Alya dah lame buat akaun ni, tapi deactivate sebab nak fokus kat blog je. Tmbah pulak, memang tak sempat Alya nak manage 2-2. Yang ade blog satu ni pun macam ape je update. Sebulan sekali pun belum tentu. haha.. Macam ni la part-time crafter cam Alya ni.
Jadi, disebabkan coti sem yang panjang sesangat ni, Alya manfaatkan cuti utk menjahit dan melayan mesej2 persendirian (PM) yang masuk. Macam2 gaya customer fb ni. Tapi layan je lah.. :)
So, feel free to add my FB k? Klik kat gambar tu pegi ke Facebook Kaseh Ibunda Crafts..
Cepat2 add! Nanti korang tak sempat jadi kawan plak. (haha.. bajet nak cukup la frens 5000 tu.. LOL!)

Ok2.. Selamat Menyambut Ramadhan okeh?
Korang (dan Alya) dah boleh wat persiapan sekarang sebenarnya. Cthnya;
1. Sediakan kain sembahyang bersih lagi suci cmpur wangi utk solat terawikh,
2. Sediakan Mutabah (muhasabah diri) - cheklist amalan yang korang buat sehari hari,
3. Beli buah kurma dan susu utk stok sahur,
4. Berlatih bangun awal utk sahur,
5. Berlatih tak tido siang (especially kpd kwn2 Alya yg tgh coti skang)
4. bla bla bla..
5. PALING penting sediakan DIRI yg bersedia utk mhadapi bulan seribu bulan ini. Woha!
Banyak lah benda boleh prepare. Jom siap2 jom. :)

1 comment:

Mila@Rimbun said...

selamat menjalani ibadah puasa yerr